Monday, October 25, 2010

WASH YOUR NEW CLOTHES BEFORE USE

AT-10-TION to all WOMAN...



wash up your clothes before use especially your BRA!!! WHY???




these are the reasons...baca story kat bawah neh




Setelah Susan McKinley (antropologis) pulang ekspidisi di Amerika Selatan, dia menyedari ada ruam aneh di payudara sebelah kirinya. Dia tidak tahu apakah ruam itu. Dan dia menduga ruam tersebut akan hilang seiring waktu.Setelah kembali, ia menemui doktor kerana sudah ada rasa sakit. Doktor tidak tahu penyakit apa yang dideritainya. Doktor memberikannya antibiotik dan krim khusus. Setelah selang beberapa hari, rasa sakitnya tidak juga hilang. Payudaranya makin panas dan mulai berdarah.Dia memutuskan untuk membalut payudaranya itu, tapi rasa sakitnya makin bertambah. Dia mula mencari doktor-doktor terbaik. Salah satunya Dr Lynch. Tetapi doktor tersebut juga tidak mendiagnosa infeksi tersebut dan meminta Susan mencari temannya yang merupakan ahli dermatologi.




Malangnya, Susan terpaksa menunggu lama untuk bertemu doktor tersebut.Pertemuan tersebut tetap dapat dilakukan. Alangkah terkejutnya Susan apabila dia membuka pembalut payudaranya itu, dia mendapati larva bertumbuh dan bersarang dalam pori-pori payudaranya. Sesekali makhluk jahat itu masuk dalam pori-pori dan muncul dilubang sebelahnya.Yang dia tidak tahu adalah, lubang itu sangat dalam dari yang disangkakan. Larva itu memakan lemak, lapisan kulit dan kanal payudaranya.Berdasarkan informasi ini, disarankan agar para wanita diluar sana mencuri bra yang baru dibeli sebelum menggunakannya. Bra yang sudah dipakai juga harus sering dicuci dan dijaga kebersihannya.






Jangan biarkan diri anda menjadi sarang kulat/penyakit tanpa anda sedari. Kadang-kadang nampak macam bersih tapi kita tak tahu disitulah tempat terkumpulnya baktria/kulat dan sebagainya....


KALAU TIDAK INILAH AKIBATNYA!!!





SANGGUPKAH ANDA MENGHADAPI SITUASI SEBEGINI???

Sebenarnya ulat larva itu adalah parasit yang hidup dalam badan manusia/mamalia. Ianya merupakan penetasan telur daripada seekor lalat bot ke dalam badan manusia/mamalia



Lalat bot adalah dari keluarga oestridae. Wujud sekitar 150 spesis yang dikenal seluruh dunia yang menjadikan mamalia sebagai perumah larvanya. Ia juga dikenali sebagai tarsola atau american warbie fly.Lalat bot betina akan meletakkan 30biji telurnya di bawah sayap lalat spesis lain. Telur lalat bot yang jatuh di badan kita akan bertindak balas dengan kepanasan suhu badan kita. Lalu segera menetas. Bukan sahaja di payudara malahan,kepala,kaki,tangan,mata,telinga dan hidung juga boleh dijangkiti. Kira-kira 8 minggu ia akan mencapai peringkat kepompong. Pada kebiasaanya di peringkat kepompong, ia akan jatuh ke tanah dan seminggu lepas tu,ia akan menjadi lalat bot yang dewasa.



antara cara untuk mengeluarkan larva/ulat tersebut adalah


>>>Meletakkan daging mentah di bahagian luka sebagai umpan


>>>Menggunakan gubal pokok matatorsalo(di costa rica);tetapi larva yg mati masih ada didalam kulit.


>>>Menutupi lubang daging dengan pengilat kuku,vaselin atau pita pelekat menyebabkan larva tersebut tidak dapat bernafas,selepas 1 hari larva tersebut akan mati kelemasan


>>>Menggunakan alat mengeluarkan bisa di hospital

AND...INILAH LALAT BOT YANG DIMAKDUDKAN..EUWWW~






SEKIAN!

KETAHUILAH BAHAYA PANADOL!!!

hye readers...just now cikayue terbaca 1 artikel berkaitan BAHAYA PANADOL...so kepada sesiapa yang sangat suka menelan Panadol xkira tension/ sakit kepala/ etc sila baca artikel dibawah nie okay! hope korang x amalkan lagi memakan Panadol / pain killer/ what so ever terlalu kerap..


JANGAN AMBIL PANADOL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya. ..

"Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun.

Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak.




Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan.



senang je nak dapatkan isotonic drinks neh..kat kedai banyak kan...cikayue minat 100PLUS

kalau u all x minat try la REVIVE or minuman isotonik yang lain okay!


Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

PANADOL adalah sejenis "painkiller" , semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?


Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang "biasa" ini ke dalam mulut anda

......................to my beloved mr amdanhusin......................

beware with PANADOL or othar pain killer okay!

kalau orang cakap u x ensem xpe...i admit u the most handsome guy..;))

Thursday, October 21, 2010

MELAKA MAJU 2010


20/10/2010

cikayue excited nak pergi stadium hang jebat coz nak tengok function MELAKA MAJU kat sana...siap bodek2 mr fiance nak pergi dengan dia cox mr fiance n the gang (kompang ESHA) ade persembahan kompang kat sana...mula2 dia xnak bagi cikayue ikut tau...saje nak sakat...bila dah buat muka baru nak bagi ikut...MENYAMPAH!!!

punyela balik keje awal (5pm) dah sampai tido jap konon2 nak tggu mr fiance call baru siap...*GEDIK KAN*
TAPI, my foN pulak buat hal...line 1 pun xde!!!
tyme2 mcm nie la ko nak buat perangai...
BENCI..BENCI..BENCI..!!!!

about 6.30 pm he sent message melalui budak dia suruh siap, *maybe dah call banyak kali xdapat..hahaha* then i pun siap la...lame siket baru mr fiance sampai umah n amek cikayue...muka tersengih2 tau cikayue geram ngan dia...EEEEEeeee!!!!!! then terus cubit dia...
PADAN MUKA!!!

transport n anak2 buah mr fiance sume dah tunggu, tapi kami sempat lagi isi kad cabutan bertuah...manela tau dapat umah sebijik kan...hehe...BERANGAN..

pastu, 7pm terus bertolak...baru sampai kat MITC jalan dah sesak...cikayue rileks je padahal dala hati "sempat ke x sampai sebelum jam2010 neh"
traffic jam dah mengalahkan KL..kalau semut jalan pun laju lagi dari kenderaan2 yang ade kat situ kot...

AT LAST
jam2010 kami tengok la bunga api dalam kereta jeks...

mr fiance lak berkompang dalam kereta...
sungguh BINGIT..!!!

sume geram, macam2 karenah..
ade yang tido n bangun 2 kali pn x sampai2 stadium lagi...
ade gak mamat2 "hindustan" yang naik bas (3,4 bijik bas jugak la) jalan kaki je g stadium *maybe dah xtahan tggu lame sangat dalam bas..hihihi*

lepas terperangkap 2jam lebih dalam kereta, akhirnya kami jumpe simpang 4 batu berendam, ape lagi kami pun lencong g cari kedai makan kat malim...lepas tu chow chin chow balik umah...cabutan bertuah ntah ke mana, kompang ntah kemana... nasib baik ade gak budak2 kompang yang dah sampai...kira halal la kat budak2 yang x sampai lagi nie ek..huhuhu...

apepun cikayue frust gak la xdapat tengok function2 kat situ...kalau tau ajak mr fiance g naik moto je...CONFIRM SAMPAI!!!

apepun MELAKA dah maju sekarang nie...muahaha~

Tuesday, October 19, 2010

KEK GULA HANGUS

sedapnye kek gula hangus...cikayue xtau la korang mcm mane kan..tapi kalau cikayue memang minat sangat kek nie...dari dulu cikayue nak cari resepi kek gula hangus ni n finally jumpe gak kat page K. NOR.. akk, cikayue mintak tepek resepi kat sini ye...just yang dah makeover jek coz kalau wat banyak2 takut xde yang nak makan...hehe...

nie kek gula hangus buatan kak nor kita...

125gm butter
4 bj telur A
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 1/4 cawan gula
2 sudu kecil soda bikarbonat

Cairkan butter dan biarkan sejuk.
Goreng gula hingga hancur dan masukkan 2 cawan air. Kacau hingga sebati dan cair. Biarkan sejuk.
Telur dikacau hingga cair (jgn dipukul) dan masukkan susu. Kacau hingga sebati.
Masukkan butter cair, tepung gandum (yg diayak bersama dgn soda bikarbonat) dan gula hangus kedalam adunan telur.
Kacau hingga sebati dan tapiskan.
Tuang ke dalam loyang yg dah digriskan dan dialas dgn baking paper.
Peram selama 3 - 4 jam (lagi lama lagi elok utk menghasilkan lubang2 yg lebih banyak)
Bakar dlm oven yg dah panaskan 170 - 180C lebih kurang 40 - 45 min atau sehingga masak.

* perlu hati2 masa menuang air kedalam gula yg tengah panas dan masa mengacaunya ya.. bubbling tu boleh mencederakan kalau tak berhati2..

p/s: untuk hantaran cikayue bertunang aritu pn ade kek nie tau...i loike!!!

Monday, October 18, 2010

Happy Wedding Day

Here I'm glad to wish


HAPPY WEDDING DAY
to
selvan; Mr Venka
&
selvi; Ms Lavinia

the selvan is son of my big bos and one of the lawyer at Sault & Co.
we are the family of Sault & Co. very excited to attend the wedding reception on dis Sunday...
yeepiii =)

p/s: i cant imagine what happen when im wearing the indian traditional dress....huhu