Sunday, November 21, 2010

SOLAT TIANG AGAMA

Peringatan sesama Islam..
Fikir-fikirkanlah

answer: dah / belum

kalau belum tunaikan SEGERA!!!

"perintahlah anak2mu mengerlakan solat sewaktu berusia 7 tahun dan pukullah mereka sesudah mereka mencapai usia 10 tahun serta pisahkan tempat tidur antara mereka"

...

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya,

pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga,
dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar),
"Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam."

Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu/isteri kita.

Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?


Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia..Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati² apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu"


sekian!

Wedding ZUL&EZZA


SELAMAT PENGANTIN BARU
kepada pasangan pengantin ZULFADLI BIN ABD RAHMAN & AZIZAH BT. MUHADI
pernikahan selamat dijalankan pada 14/11/2010(ahad), di Felda Maokil 1, Labis, Segamat, Johor dirumah pengantin perempuan
SEMOGA PERKAWINAN MEREKA DIBERKATI ALLAH HENDAKNYA!
AMIN

Next Station is...
Kg Baru Menggong (meraikan pengantin lelaki)
plus
Sepasang Pengantin lagi....
kalau tertanya-tanya siapakah pengantin tersebut
wait & see jer okay!
=)

lastly, marilah bermuzakarah sebentar


Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa Aqil ibnu Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan bani Jusham..lalu datang orang ramai dan berkata, “semoga berbahagia dan ramai anak”..
Mendengar yang demikian Aqil berkata; “janganlah kamu berkata demikian kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian.”..
Mereka lalu bertanya, “jika demikian apa yang patut kami katakan wahai abu Yazid?"
Aqil menjawab,”Katakan (semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu). Begitulah yang diperintahkan kepada kita”.

..........

Dalam sebuah hadis riwayat imam Bukhari, diceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. ternampak kesan sufrah ( sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman bin Auf r.a. lalu baginda bertanya, “apakah ini?”
Lalu jawab Abdul Rahman r.a. “saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma.”
Rasulullah bersabda, “(semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash.”

p/s: walimah bermaksud jamuan agama
..........

Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w akan berkata, “( semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu dalam kebaikan)."

..........

Menurut imam Nawawi daalm al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan- ucapan Rasulullah di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan “ semoga berbahagia dan ramai anak.”

Mana taknya ,kehidupan pasangan yang diberkati Allah sudah tentu hidup dengan gembira dan bahagia.Sedangkan kehidupan pasangan yang gembira dan bahagia belum tentu mendapat keberkatan-Nya.

1st AWARD!

Macam xpercaya cikayue dapat award
Thanks to cik kema sebab bermurah hati menghadiahkan cikayue AWARD neh...
mula2 terkezutt juga coz AWARD neh untuk belog2 yang cun-melecun & meletop jeks..
belog cikayue neh xdela meletop pun kann...
almaklum-lah
insan baru dlm dunia berblogging neh..

apepun thanks cik kema coz mengganggap belog cikayue neh cantekk yer...
hik3...

apepun kena jawab soalan neh juga.. =))

♥ berikan 1 nickname untuk sayer
CikKema/Kema/KemaKakema/Kemet
hihihi...jangan marah ye Kema..;P

♥ ucapan untuk pemberi award
tenkiu cik kema coz sudi mengahadiahkan sayer award neh...
lain kali bagi la banyakk2 yer..(tamak tol!!)
hihihi

♥ berikan 6 favorite artist @ singer @ band group yang korang minat
zamani + aizat + dafi + in-team + saujana + unic
banyak lagi sebenarnye...
tapi nak 6 je kan... so i list kan 6 jela...;D

♥bagi award ni kpd 10 blogger yang punye blog yang cantik lagi cun
Cikayue xtau la nak bg sape award neh...semua nye cik kema dah bagi...2 ni jela yang masih tinggal kott...
and sape2 yang nak boleh la amek award neh okay! (aci r nie kema kann...)

huhuhu...
sekian

Thursday, November 18, 2010

KABEL PENDEK!

lepas "bercuti" raya aidiladha, harinie cikayue masuk ofis..
on my FB 1st
nampak pic cikfasya (geng bas UMT)

TENGAH SARUNG CINCIN
OMK!!!
apekah????
im still in shock mood...
CF dah tunang ke...


macam tak percaya lagi
tapi macam btol...
ish kalau CF tunang xkan cikayue xtau
ke KABEL cikayue PENDEK lagii...
hurm

thinking

xpayah thinking2 la
dah memang SAH cik fasya nikah eh salah...TUNANG..
hehe..
walaupun KABEL cikayue PENDEK tapi still xlambat kan..
majlis tu pun SEMALAM..
18/11/2010


anyway CONGRATEZ to my dear CF.
semoga jodoh berpanjangan
nanti dah confirm date inform awal2 ea
insyaAllah geng bas UMT akan turun KB

p/s: 1 more left..3 orang geng bas UMT, (CL, CA & CF) dah bertukar status...CK bila lagi..;))
pic: credit to CF's d' blogger..;P

sekian

Thursday, November 11, 2010

Jangan Bercakap Mase Azan!!!

harini cikayue nak share 1 thing ngan korang sume...JANGAN BIASAKAN DIRI BERCAKAP MASA TENGAH AZAN...kalau nga tido tapi dengar azan pun gagahkan diri untuk bangun...sebab, cikayue ingat lagi masa kecik2 dulu cikayue berborak ngan kawan cikayue dalam masjid and mase tu tengah azan...sorang makcik neh tegur kami, she told us kalau kita persindirkan azan dengan cara sebegini, jenazah kita akan berat...susah waris2 nak uruskan pengebumian kita kelak...



apepun untuk tambahan ilmu dunia nie, cikayue stick kan 1 artikel dari FB...mari kita ramai2 bermuhasabah diri semoga dibukakan pintu hati kita semua untuk bertaubat kejalan-Nya..



...........................................................



Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kitaketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimic mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika mautmenghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarabbal a'lamin.."



WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;



Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:


1) Jujur dalam berkata-kata.

2) Menjauhi segala yg haram.

3) Merendahkan diri.



Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:


1) Merahsiakan ibadahnya

2) Merahsiakan sedekahnya.

3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.



Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:


1) Takut berlaku dusta dan keji.

2) Menjauhi kejahatan.

3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.



Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:


1) Mengawasi dirinya.

2) Menghisab dirinya.

3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.



Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untukmemasukinya. Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali.............



salam mujahadah..