Wednesday, May 4, 2011

Kalau Dah Preggy Memang Macam Nie Ke?

salam



sedar x sedar semalam genap 2 bulan saya & dia live together as husband and wife..
dan x lama lagi akan menyusul insan baru dalam hidup kami, insyaAllah
doakan semuanya selamat tau!



tapi sejak2 dah preggy nie kan rase badan lain macam je
loya2, pening2 xleh nak wat keje banyak2 sgt (alasan je kot..hehe)
tapi mmg betul..xtipuuu~



lepas dah 2 mggu kawin kena tahan wad sbb kencing kotor & Hb aka darah merah kurang
bapak sy cakap "darah cair" bukan "kurang darah" kalau kurang darah mati lah! :D
ok fine! ye kan jela..hu3



mase nak masuk wad tue Dr tanye dah kawin ke belum, cek air kencing, cek darah, cucuk sana, cucuk sini, masuk air, masuk ubat n segala bagai
mmg tyme part cucuk2 nie ayue dah melalak dah..serius xtipu..en suami ade sebelah temankan, dah mcm budak kecik...xtau nape bila nak masuk air n ubat je mesti melalak tapi bila amek darah xde pun nak melalak except kalau jarum dah terbabas x kena urat darah n yg tukang amek darah tue sesuka hati je nak jolok2 cari urat..ingat nie haiwan ke...haiwan pun tau sakit tau! dia xkena boleh la cakap sikit je..meh sini aku cucuk baru tau mcm mane sakitnye..



mase duk dalam wad nak suruh en suami temankan tapi sedihnye xboleh coz tue wad pempuan saje...so, terpaksalah en suami dtg 1 hari 4 kali..& setiap kali dia dtg mesti nangis2 nak balik...xsuka duk wad!



bila dah keluar wad, baru start loya + pening + muntah n segala bagai..tyme tu x terfikir pun tengah preggy coz baru lepas period...so buat2 biase jela..tapi makin hari makin menjadi2 pulak sampai nak makan pun xlalu...few weeks jugak diamkan even dah ramai suruh wat pregnancy test..then last week baru g check mmg positive..perasaan of coz happy coz nak dapat baby, tapi pada masa yg sama takut bila bayangkan nak bersalin, bila perut dah besar...TAKUUUTT...
T_T



takut mmg lah takut tapi nak wat camne, semua wanita pasni akan lalui sume nie except dia xnak kawin n xnak ade anak..kui3~



since dah preggy nie selera pelik2 je..mula2 dulu asyik nak air tebu je..air tebu mmg x elok untuk ibu2 mengandung coz tajam n boleh membahayakan kandungan lebih2 lagi macam ayue nie...baru around 6 weeks so, baby xlekat betul lagi nak minum air tebu...jadinye terpaksa rase2 jela xnak bagi kempunan...



pastu nak aiskri solero, aiskrim lain x nak..tekak rase xsedap...nasib baik aiskrim solero RM1 je..kalau mahal, hari2 beli botak pale laki aku..



n petang semalan lepas balik keje around 6pm, minum petang...perut pulak lapar mcm x makan bertahun...mmg xlarat sgt, nak makan something yg berat n buat perut rasa full..
tapi nasi n lauk kat rumah mmg tekak xnak makan so time tue gak ajak en suami g makan kat kedai..tapi kena tunggu gak lepas maghrib..its ok.



g makan kat kedai order nasi paprik, selalu org lain masak tapi malam tadi org lain masak..mmg xde rase paprik pun..rase macam tomyam yg kuahnye dipekatkan jek.. ayam ade dalam 3 ketul, daging tengok mcm xde yg banyak asam keping..rupe2nye asam keping tue lah daging.. =.='
nak xnak paksa jugak telan even tekak mcm nak xnak je terima makanan tue...



lepas dah makan (xhabis pun), borak2, tengok tv, bosan lak rasenye...ajak en suami g jalan2.. mesti dia kata ayue dah buang tebiat coz xpernah2 nak ajak jalan2 malam...so ikutkan jela..kami g jalan2 kat dataran ayer keroh then dataran MBMB...macam2 ragam orang dapat tengok, belangkas pun boleh tahan banyak..tapi malas nak layan diorang ayue main2 kat playground lagi besttt...hehehe..en suami geleng kepala jela ngan isteri dia nie...
ayue pun xleh watpe..mmg mintak2 bukan2 je semalam, kesian pulak kat en suami..



apepun thanks coz sudi melayan karenah isterimu ini..
:)

Friday, April 22, 2011

Terima Kasih Sayang

salam



hai semua, first of all thanks to all yg wishing my bezday..i really appreciate it...
masa bujang dulu yang wish bezday sume bese2 je..



happy bezday, may god bless you,
may all dream come true,
semoga panjang umur, murah rezeki & sihat selalu



but now
sejak dah jadi wife AH nie bezday wishes pun dah lain



let see some of them



Kema

mrs amdan tue..hehehe
thanks dear :D



Azli Omar aka Jeli
Ok fine ai dah tua..
but the truth is my husband lagi double triple tua dari ai okay
lalalala~ :P




hieja
yep, 1st time celebrate bezday as a wife...
celebrate dah, hadiah pun dah dapat.. :)
celebrate bezday as a mom je belum lagi..
xtau bila coz tu bukan keje kita.. :D



Kak Yati



Arry Rayrays



last but not least
MY BELOVED HUSBAND! :)

he taught my bezday on 24th April
patutpun lambat wish =.='
nasib baik pandai pujuk..
hehehe~
:P



sayang kamu semua
:)





Thursday, April 14, 2011

Begedil Style Ayue

salam



semenjak dah kawin nie rajin pulak nak masak2 bagi family mertua makan + rasa masakan menantu diorang neh...tapi jangan salah sangka..dah sebulan kahwin nie ayue masak2 untuk breakfast ngan minum petang jeks..untuk lunch biasanye parents-in-law yang masak.. al-maklumlah, ai kan manje orangnye..hik3!



kalau tolong masak pun hujung2 minggu kalau xbalik umah mak ayue...banyak juga kuih2 + kek yang ayue dah bagi diorang rasa..*banyak ke??*huhu...antaranya kek batik, nasi goreng, yong tau foo, cekodok, dsb..dan yang terbaru ayue masak kan begedil



mcm mane leh terfikir nak wat begedil nie?? mula2, about 2 weeks ago my husband ngan abg ipar ayue g beli barang2 untuk buat yong tau foo..favourite food kami sekeluarga...ayue ngan biras aka kak atie pun senaraikanlah barang2 yang diorang kena beli..oleh sebab takut diorang nie xfaham english language, kak atie pun tulis dalam bahasa malaysia salah satu daripadanya isi ikan aka fishcake.





bila dah balik tengok fishcake xde, yang ade isi ikan salmon...mula2 rancang nak wat steambot, tapi x jadi...so sayang takut busuk, semalam ayue n husband cari lah barang nak wat begedil..selalu kita jumpa begedil daging ngan ayam je kan..kali nie ayue wat begedil ikan salmon lak..hihihihi~



kentang (buang kulit)
daun sup (hiris)
bawang besar (potong dadu)
lada sulah (ditumbuk)
jintan manis (ditumbuk)
jintan putih (ditumbuk)
garam secukup rasa
serbuk roti (ayue suka pakai serbuk roti coz x berminyak sangat berbanding juz guna telur saja)
minyak untuk menggoreng



cara-cara nak wat begedil style ayue

>> mula2 rebus kentang sampai empuk kemudian toskan
>> lenyek kentang (pandai2lah korang nak lenyek pakai ape, ayue guna pelenyek dia)
>> masukkan daun dup, lada sulah, jintan manis, jintan putih dan garam secukup rasa
>> gaulkan sebati dan perap untuk seketika
>> kepal adunan mengikut kretiviti anda
>> celup kepal2 dalam telur yang telah dipukul dan salut dengan serbuk roti
>> goreng dalam minyak yang panas




>> sedia untuk dihidangkan



results



YUMMY




licin hingga menjilat jari :))


pic: semua ihsan dari google.. kalaulah ade H/p canggih leh snap pic xkira masa dimana jua kan best... T_T









dan hasilnya

Wednesday, April 13, 2011

Matlamat Sebuah Perkahwinan

salam



semua insan ingin disayangi dan menyayangi betul x... semua insan ingin merasai kebahagiaan berumahtangga bersama insan tersayang, namun sudahkan kita bersedia untuk menempuh liku-liku hidup berumahtangga yang bakal datang dan kita sendiri tak tahu apekah dugaan tersebut? sudahkah kita mempersiapkan diri dengan ilmu berumahtangga sepenuhnya? bersediakah kita untuk menerima insan & keluarga baru dalam hidup kita? menjalani kehidupan yang "totally" berlainan dari cara hidup kita dulu? menjalankan tanggungjawab suami isteri? menjaga hati kuluarga kedua-dua belah pihak? dsb.



bila difikir-fikir semula, tahukah kita apakah matlamat sebenar sebuah perkahwinan? benarkah perkahwinan itu boleh mematangkan kita? walaupun sesebuah perkahwinan boleh mematangkan kita, namun untuk melayari bahtera rumah tangga yang boleh dikatakan sempurna seseorang haruslah mempunyai matlamat yang jelas untuk mendirikan rumah tangga.






adakah perkahwinan cukup bahagia dengan sekadar mencintai satu sama lain dengan pasangan kita? tak. KEREDHAAN ALLAH S.W.T. itu yang utama. jika perkahwinan kita tidak diredhai Allah swt maka belum tentu perkahwinan kita / bahtera yang kita punyai akan gah pada pandangan orang.. kita mungkin akan sentiasa tak tenang, hidup dalam masalah yang sentiasa mendatang. oleh itu untuk menempuh liku-liku hidup / ujian yang mendatang serta mendapat keredhaan Allah Swt, Muhasabah lah diri kita..






Adakah cinta kita kepapa pasangan berlandaskan cinta kita kepada Allah Swt? sesungguhnya hati kita mampu menerima satu cinta sejati sahaja, Jika cinta kepada manusia diutamakan maka dimana tempat dihati kita untuk Allah Swt? Sepatutnya untuk mendapat keredhaan Allah Swt dan mendapat kehidupan yang bahagia didunia ini, kita mestilah meletakkan cinta kepada Allah Swt di tempat yang paling utama dalam hati kita maka cinta kepada manusia akan dianugerahkan daripada-Nya kepada kita..



disamping itu, kita mestilah sentiasa memperbaiki kelemahan diri, tak kira dari ape jua sudut agar setiap dugaan yang mendatang dapat kita tempuh dengan tabah...Perkahwinan juga memerlukan sifat jujur, amanah, bertanggungjawab, berkomitmen yang tinggi, kepercayaan sesama sendiri serta cinta berlandaskan syariat Islam.. InsyaAllah CINTA kita sampai ke syurga..



pesanan untuk diri yang sentiasa alpa dengan kehidupan...

Sunday, April 10, 2011

Bukan Tempat "Simpan" Anak

salam


ibu bapa kepada anak kelainan upaya (OKU) disarankan supaya bekerjasama dalam memberi perhatian kepada proses pembesaran anak mereka serta tidak menjadikan PUSAT PEMULIHAN sebagai tempat "menyimpan anak" ketika bekerja.



Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Noormah Abdul Rauf berkata kerajaan dan badan korporat hanya membantu secara sampingan dan ibu bapa seharusnya tidak melepaskan tanggungjawab kerana mereka yang patut lebih memikirkan kepentingan anak mereka.



sekian dari saya Pemberita: Nur Srimazayu Binti Basri



hahaha...ade macam pemberita tak..ade kan..ade kan..ade kannnn!
poyo je! (korang cakap)
tsk..tsk..tsk..
T_T



actually, petikan berita kat atas di ambil dari pic keratan akhbar bawah neh
(ciplak from my cousin) :)

kepada ibu bapa yang ada anak-anak istemewa seperti di atas nie janganlah abaikan mereka..mereka juga mempunyai hak yang sama seperti anak-anak normal yang lain..mereka juga mempunyai perasaan untuk disayangi & menyayangi, mendapat perhatian yang sewajarnya dari ibu bapa mereka...kepada siapa lagi hendak mereka pergi kalau bukan ibu bapa mereka..betul x.. sekian, pakar motivasi: Nur Srimazayu Basri.. :D



korang tau x kenapa tiba ayue nie poyo sesangat arie nie? tau ke x???
xtau kan...
nie nak bagi tau la nie....
gelojoh betul lah hang pa nie
hihihihihi..



saya sangat poyo arie nie
sebab...
dalam paper tue adalah my beloved aunty; Pn Maimunah Lajin (berbaju purple) & my beloved cousin; Murni Abdul Razak (berbaju oren)
sangat suka bila mereka masuk akhbar, coz Jabatan Kebajikan Masyarakat & yang lain2 tak sisihkan insan OKU, dan mereka juga mendapat perhatian yang selayaknya dari kita semua..



my aunty nie actually ada 2 orang anak OKU



sorang Kamalia (tak boleh dengar + cakap)
so, kena guna bahasa isyarat nak comunicate dengan dia
ayue pun reti lah jugak sket2 bahasa isyarat tue..huhu..teror kan..;D



sorang lagi Murni; dalam gambar (xkuat untuk berjalan + berdiri)
perlu dipimpin untuk berjalan



kalau korang nak tau lagi, mereka dilahirkan normal seperti kita...sempurna tanpa sebarang kecacatan..tapi one day, mereka diserang demam panas thats why lah kehidupan mereka berubah..tapi mereka nie kuat semangat tau, rajin tolong mak ayah...sangat sayang mereka juga family mereka...lebih-lebih lagi my aunty yang actually ibu susuan saya... :)



so, kepada ibu bapa, bakal-bakal ibu & bapa kena berjaga-jaga dengan kesihatan anak-anak tau!



sekian