Thursday, May 22, 2014

story of story

Assalamualaikum..

Lamenye ayu x update belog kesayangan ni..setahun Lebih ade agaknya..
Huhu..ntah ape2 je ayu ni..

Dlm masa  setahun ni jugak mcm2 perkara suka duka yg berlaku..

Lepas habis kursus Perantis PUNB dulu ayu sambung keje kat opis lama mcm biasa
Xlama lepas tu dpt tawaran kerja di hkl as a PPK(pembantu perawatan kesihatan)
Pegi jugak sbb bila fikir2 balik now a days dh la susah nk dpt keje..so baik terima Dari keje yg ntah ape2..at least jawatan ni dah sah-sah gov..terjamin sikit masa depan..nak tggu dapat jawatan yg setaraf ntah zaman bila la..plus saingan banyak pulak..dah keje gov senang..mane tau dpt naik pangkat ke kan..hehe..

OK bermula la kerjaya sebagai ppk di hospital tertua Malaysia..alhamdulillah dapat keje  office hour(kitorang cakap divided..hee) so ayu ngan husband jd weekend husband n wife for about 1tahun 2 bulan mcm tu..then mohon dapat pindah..kebetulan masa pindah tgh tggu hari nk bersalin..mmg rezeki ank betul lah kan..

ayu transfer hospital melaka 2/1/14, bersalin 8/1/14
Lepas cuti bersalin dpt penempatan kat wad A4(wad 1st class+VIP+vvip) bertambah2 bersyukur sbb segala perancangan Dia utk ayu sgt perfect..rezeki kan..kita x tahu..ayu dapat keje shif..lagi best banyan cuti sampai ayu buat bisnes kecil2an skarang..

Bisnes kekabu..ayu buat mcm2 produk berasaskan kekabu..
Bantal tidur, set tilam baby, cadar..
Semua bergantung kpd permintaan..
Stakat ni kwan2 byk bg support..alhamdulillah..mmg dari dulu ayu nak berbisbes..ini cita2 ayu sejak dulu..

Ayu buat tempahan mengikut permintaan..harga yg ayu bagi pun blh terkejut beruk org..he he..murah Sgt ke..kpd sesiapa yg berminat blh mesej/whatsapp ayu untuk pertanyaan.. 017-6411539

Thursday, July 5, 2012

Sulaman by ayuebasri

assalamualaikum,

alhamdulillah, di pagi jumaat nie marilah sama-sama kita mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat lagi kita semua hidup di muka bumi Allah yang luas terbentang ini.. Juga Al-fatihah buat muslimin dan muslimat yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga mereka di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. Amin

hari ini 6hb Julai 2012..sekejap je rasanya Ramadhan menjengah kembali, rasa baru semalam kita semua umat Islam berpuasa, baru semalam kita semua berhari raya, dan baru semalam saya kehilangan insan yang tersayang buat selama-lamanya. apapun semua yang berlaku adalah ketentuan Allah, kita sebagai insan di muka bumi Allah ini hanya redha dengan segala qada' dan qadarNya.. semoga permata yang pertama akan menyinari kehidupan kami ibu bapanya di "sana" kelak..

apepun, kehidupan perlu diteruskan,  baru sebulan menamatkan kursus sulaman yang dibiayai oleh PUNB, alhambdulillah, dah pandai nak buat sulam & buat segala jenis printing seperti kad kahwin, banner, bunting, bisnes kad, brochures, flyers, bill book dsb.

jom lihat~ :)


sulaman menggunakan mesin sulam dari Jepun, Happy Machine..
memang guna mesin ni happy je sebab senang nak handle
(^^_)


last sulaman untuk pesta sungai negeri melaka
nama datuk ali pun adee....
**yg sebelum-sebelum ni punye sulaman banyak so memang xsempat nak snap pic..layan mana yang ade je ye..


see~

berminat? just call 017-6411539
or emel di yudanprinting@gmail.com


Wednesday, June 20, 2012

Peluang Siswazah Untuk Menjdai Usahawan

Assalamualaikum kawan-kawan

alhamdulillah, semalam 1 hari menghabiskan masa di punb untuk business consultation. seronok sangat dapat reunion dengan sahabat usahawan punb. semalam yang attend untuk BC boleh tahan jugak ramainye dalam 69 orang, mane tak nye dari batch 8 sampai batch 12 yang datang. pengambilan telah pun ditamatkan setakat batch 12..after this tak de lagi pengambilan baru untuk attachment selama 6 bulan, kalau ade pun attachment selama 1 tahun..*selamat sayer..fuh!*

kepada siswazah yang berminat untuk menjadi usahawan cepatcepatlah isi borang di website punb sebab pengambilan untuk attachment setahun hanyalah terhad kepada 200 orang sahaja. jika anda betulbetul berkelayakan sahaja yang akan diterima sebagai perantis punb.

syarat-syarat kelayakan untuk menjadi perantis punb adalah:
1) korang mestilah berminat untuk menjadi usahawan dan bersemangat kental.. (cewahhh macamlah sayer ni kental sangatttt kan)
2) korang mestilah juga mempunyai kelululusan ijazah @ diploma @ sijil kemahiran tahap3
3) pandai berkomunikasi, jika tidak anda mungkin kecundang semasa interview yang dahsyat dari panel punb..

selamat maju jaya~
:)

p/s:  pagi esok subuhsubuh nak gerak naik KL (kampung kerinchi) sepupu kawen..
tatatititutu..

Monday, June 11, 2012

Permulaan baru :)

assalamualaikum

lame betul rasenya x mengupdatekan diri di belog kesayangan nie
agak kesian belog nie coz diabaikan dalam tempoh masa yg amat lama
see, last entry Dec 2011..tu entry ntah ape-ape kan~ sobs!
mane tak terabai blog kesayangan nie
ayue terlalu sibuk dengan program latihan usahawan siswazah selama 6 bulan
memang masa untuk berblogging agak terbatas,
yang sempat pun jenguk kejap-kejap je..

alhamdulillah tamat sudah latihan 6 bulan yang penuh dengan dugaan dan cabaran tersebut
sekarang nie just kena buat proposal untuk memastikan perniagaan yang diimpikan tercapai..wee~ :)

apepun, ia tetap akan mengambil masa yang agak lama,
tapi xtau bila ia akan menjadi realiti, ape yang ayue buat sekarang hanyalah berniaga secara
kecil-kecilan..

antara perkhidmatan dan produk yang di lakukan adalah:
  1. menerima tempahan & design kad kahwin, bisnes kad, flyers, brochures, banner, banting, backdrop, dsb.
  2. turut menerima tempahan t-shirt dan sulaman.
  3. juga menjual teh herba misai kucing bagi pengidap kencing manis, darah tinggi, gout dan kanser.
insyaAllah segala info akan diupdate serajin yang mungkin~ :)

jika ada sebarang pertanyaan
jangan segan silu untuk menghubungi saya ayuebasri di talian 017-6411 539
sekian, wasalam
     

Friday, December 16, 2011

Speechless Friday

Selamat Pengantin Baru BFF

AdnilLinda & Shahrizal

Semoga Kekal Hingga Ke Syurga