Friday, October 29, 2010

WEDDING RECEPTION Mr & Mrs Venka Arun


selamat menempuh alam perkahwinan kepada Mr & Mrs Venka Arun

disatukan pada 21/10/2010 at Penang

wedding reception on 24/10/2010 at MITC

dress code: indian tradisional @ formal



Mr & Mrs Arun

The owner of the firm / pewaris

Muka berseri-seri tue dapat menantu..

Hehe


Right side; Mr Venga

Senior in the firm

Mr Arun’s dad



the gifts

box (for men) and purse (for women)

imported form India i guest

dalam tue ada coklat..lupe nak keluarkan tyme snap pic neh..

dah habis makan baru teringat...

lalala


............................................................................................................................................



merujuk kepada dress code di atas kalau ikutkan cikayue pakai indian tradisional dress...TAPI

incik tunang x mengizinkan, so cikayue pun pakai la muslimah dress-up...jubah..hahaha...jubah

neh cikayue dah jarang pakai..juz pakai tyme dinner or funtion2 tertentu je...sebabnye terlalu

cantekk untuk dipakai pada hari2 biasa....APEKAH???



Haha..inilah dia pakaian cikayue…

Lantak la…asalkan pakai baju kan…

bukan orang belek pun..





;D


dis kak nita and her children wif the bride


Sault & Co. gurlzzz

baju pink tu Pn. Umi..

one of the lawyer in the firm

comel kan...married already and tengah pregnant...perot still x nampak, lg 2 minggu Pn. Umi

amek cuti nak bersalin...mesti anaknye comel mcm ibunye...

like mother like child


prema, amdanhusin, cikayue, reva


nak beli x mampu...bergambar pun jadi la...

dis is bride's car...

chantekkk!


dah bergambar ngan kereta cucu, kereta datuk pun kena gak take a picture...nanti merajuk plk

kereta neh kan....hehe



dah3 nak balik dah..
daa~

LARIAN 4km SEMPENA MELAKA MAJU 2010

entry neh agak dh season tapi cikayue still nak wat gak...season pun bukan sebab ape...sebabnye lappy cikayue wat hal n xleh detect memory card...so, xleh masukkan pic dlm PC...nak pinjam Card Reader si prema(work-mate) asyik xjumpe je card reader dia tuh...biase la...brg neh bila xguna ade je depan mata...tapi bila nak guna mmg xkan munculkan diri...so SABAR jela kan Prema kan...



entry kali nie cikayue nak Story pasal larian sejauh 4 km lebih kurang 2 weeks ago...nak g berlari neh pun atas pElawaan incik tunang saya, dia ajak...so, cikayue pun on jela...poyo tau coz dah lame xberlari n dis is the longest journey untuk berlari...2.4km pun xlarat nie nak lari 4km...POORAH!!!


okay now;
t-shirt (dapat free..colour hijau lagi, siap belang2 mcm harimau lagi...terasa mcm atlet kejap!)
track-suit (pakai tracksuit biase tapi, pagi 2 incik tunang suruh tukar guna track-suit Sukma..sedondon gitu...hihihi)
kasut sukan(disebabkan kasut sukan ade kat kg, so cikayue rembat kasut incik tunang jela..nasib baik kaki cikayue panjang, so muat jela ngan kasut incik tunang..juz rase mcm besar sket je..but still ok..)
apepun xlengkap kalau xbergambar kan...hehe
SEBELUM BERJUANG


sape la yang candid gambo neh...xperasan..
but i like!!!
tengok3 kalau incik tunang pakai tudung mesti lagi matching kan...hihihi
pstt...cikayue terpaksa sorokkan tangan coz hand-sock xdop...n guna jela t-shirt tanpa hand cover...tsk3...


si puteh, si kelabu asap, si gelap...
lalalala...

ha..ni relative incik tunang...sume sporting2 belaka...
cikayue je malu2..walawey!
masa nak start lari tu kakak yang paling kanan tu pegang je tangan cikayue takut hilang...hehe...tiba2 trasa disayangi ka.! DUSH poyo la ko nie cikayue oi....tapi cikayue xslesa sambil lari sambil pegang tangan..nanti lagi letih...so,cik ayue dengan "sopan santunnye" melepaskan pegangan tangan akak tue...LOVE u la kak...then, cikayue pun berjuang menghabiskan 4km larian...tapi rasenye baru lari 2km dh semput...telinga berdengung n rase nak muntah...so, cikayue pun jalan je la lagi 2km tuh...incik tunang dah enjoy bergambar ngan kwn2 nya...yela orang stamina tinggi...i nie apela...dh bertahun xlari..semput jela...hik3...
SELEPAS BERJUANG
agak kebudak-budakan di sini ye...

incik tunang dah x sabar nak dapat anak...anak orang pun jadi nak bergambar..
sapela punye anak nie...TOMEYYY...
habislah aku!!!

Thursday, October 28, 2010

BUDDIES TERCHENTA!!!






tengah syok berFB & blogwalking tiba2 notification FB minta dilihat...wah..one of my sis tagged me in few number of pictures...actually dah banyak picture kene tag tapi baru hari nie tergerak hati nak buat entry about them...banyak kenangan susah & senang kami bersama...pergi sana, pergi sini, jalan2 sana, jalan2 sini...besttt sangat2...really miss all the moment with my "family"...kami dah mcm 1 keluarga besar..ape jua masalah akan dikongsi bersama...



inilah sebahagian dari keluarga besar cikayue...
barisan belakang: cikayue, hawa, kak ct, zila
depan: baby bella (gelaran dari abg topek..hehe), timah, ieja, azim, jun & mun..



barisan fasilitator yang "sporting" and gila2..
mau pegi lagi boleyy x???



ha..nie tyme interaksi tahun lepas...2 fasi bersama2 anak2 buah yang bijak, tomei2 n segak2..ngee~;)




"serpihan" pertama family kami...ha..pilih2 mane yang berkenan...jangan tersalah pilih dah la ye...sini ade yang availabe n ade yang x available...baju pink & purple tu comei tapi asyik jual mahal je...cian jejaka2 di luar sana...hahaha...apepun adik mu ini sentiasa mendokan yang terbaekk untuk mu..kuatkan iman n tabahkan hati ye kak...;)




"serpihan" family dari terengganu...posing dulu sebelum g makan ek...nyam3...





kami bersama salah seorang pendidik yang gigih mendidik kami menjadi "keras katang"...
abg jaQ
sangat sporting okay...ha yang nie sape2 antara "family" yang berkenan boleh isi borang ye...single n available lagi tau!



;)


bersama & bersatu

lahirnya cekak kerana kesedaran,
bukan bermusuh sebagai tujuan,
untuk mendaulatkan seni kebangsaan,
mensesuaikan dengan makna kemerdekaan...

hidup cekak!!!

sempoi!

p/s: kalau ada ape2 persoalan tentang keluarga kami sila jangan malu jangan segan layari website nie...

SEKIAN

Monday, October 25, 2010

PENCEGAHAN KANSER PAYUDARA

BAGAIMANA MENCEGAH KANSER PAYUDARA???

Setiap wanita perlu mengetahui apa itu kanser payudara, cara merebak, komplikasi-komplikasi yang mungkin berlaku dan bagaimana ianya dikesan. Dengan pengetahuan ini, wanita-wanita akan lebih berhati-hati dan akan berjumpa dengan doktor lebih awal untuk pemeriksaan.



PEMERIKSAAN SENDIRI PAYUDARA. Pemeriksaan sendiri payudara secara berkala adalah penting untuk mengesan sebarang kelainan kepada payudara wanita.



PEMERIKSAAN KLINIKAL PAYUDARA. Di samping melakukan sendiri pemeriksaan buah dada, wanita-wanita juga digalakkan mendapatkan pemeriksaan dari petugas-petugas perubatan termasuk doktor dan jururawat yang terlatih.



Wanita-wanita yang berusia 20 tahun ke atas digalakkan mendapat pemeriksaan klinikal payudara 3 tahun sekali sehingga berusia 40 tahun.



Selepas 40 tahun, mereka digalakkan mendapat pemeriksaan setahun sekali.



UJIAN MAMOGRAFI Ujian mamografi adalah ujian X-Ray ke atas payudara. Ia merupakan salah satu kaedah saringan untuk mengesan kemungkinan kanser payudara. Kaedah mamografi adalah kaedah saringan yang paling utama untuk kanser payudara. Kajian menunjukkan Ujian mamografi ke atas wanita-wanita berusia lebih 40 tahun telah dapat mengurangkan kadar kematian akibat kanser payudara sebanyak 18% . Walau bagaimanapun mamografi bukanlah 100% berkesan, kajian menunjukkan mamografi gagal mengesan kanser payudara di dalam lingkungan 10-15% daripada jumlah kanser payudara. Wanita hendaklah faham bahawa mamografi adalah ujian saringan untuk memilih wanita yang memerlukan pemeriksaan dan ujian lanjut

WASH YOUR NEW CLOTHES BEFORE USE

AT-10-TION to all WOMAN...



wash up your clothes before use especially your BRA!!! WHY???




these are the reasons...baca story kat bawah neh




Setelah Susan McKinley (antropologis) pulang ekspidisi di Amerika Selatan, dia menyedari ada ruam aneh di payudara sebelah kirinya. Dia tidak tahu apakah ruam itu. Dan dia menduga ruam tersebut akan hilang seiring waktu.Setelah kembali, ia menemui doktor kerana sudah ada rasa sakit. Doktor tidak tahu penyakit apa yang dideritainya. Doktor memberikannya antibiotik dan krim khusus. Setelah selang beberapa hari, rasa sakitnya tidak juga hilang. Payudaranya makin panas dan mulai berdarah.Dia memutuskan untuk membalut payudaranya itu, tapi rasa sakitnya makin bertambah. Dia mula mencari doktor-doktor terbaik. Salah satunya Dr Lynch. Tetapi doktor tersebut juga tidak mendiagnosa infeksi tersebut dan meminta Susan mencari temannya yang merupakan ahli dermatologi.




Malangnya, Susan terpaksa menunggu lama untuk bertemu doktor tersebut.Pertemuan tersebut tetap dapat dilakukan. Alangkah terkejutnya Susan apabila dia membuka pembalut payudaranya itu, dia mendapati larva bertumbuh dan bersarang dalam pori-pori payudaranya. Sesekali makhluk jahat itu masuk dalam pori-pori dan muncul dilubang sebelahnya.Yang dia tidak tahu adalah, lubang itu sangat dalam dari yang disangkakan. Larva itu memakan lemak, lapisan kulit dan kanal payudaranya.Berdasarkan informasi ini, disarankan agar para wanita diluar sana mencuri bra yang baru dibeli sebelum menggunakannya. Bra yang sudah dipakai juga harus sering dicuci dan dijaga kebersihannya.






Jangan biarkan diri anda menjadi sarang kulat/penyakit tanpa anda sedari. Kadang-kadang nampak macam bersih tapi kita tak tahu disitulah tempat terkumpulnya baktria/kulat dan sebagainya....


KALAU TIDAK INILAH AKIBATNYA!!!





SANGGUPKAH ANDA MENGHADAPI SITUASI SEBEGINI???

Sebenarnya ulat larva itu adalah parasit yang hidup dalam badan manusia/mamalia. Ianya merupakan penetasan telur daripada seekor lalat bot ke dalam badan manusia/mamalia



Lalat bot adalah dari keluarga oestridae. Wujud sekitar 150 spesis yang dikenal seluruh dunia yang menjadikan mamalia sebagai perumah larvanya. Ia juga dikenali sebagai tarsola atau american warbie fly.Lalat bot betina akan meletakkan 30biji telurnya di bawah sayap lalat spesis lain. Telur lalat bot yang jatuh di badan kita akan bertindak balas dengan kepanasan suhu badan kita. Lalu segera menetas. Bukan sahaja di payudara malahan,kepala,kaki,tangan,mata,telinga dan hidung juga boleh dijangkiti. Kira-kira 8 minggu ia akan mencapai peringkat kepompong. Pada kebiasaanya di peringkat kepompong, ia akan jatuh ke tanah dan seminggu lepas tu,ia akan menjadi lalat bot yang dewasa.



antara cara untuk mengeluarkan larva/ulat tersebut adalah


>>>Meletakkan daging mentah di bahagian luka sebagai umpan


>>>Menggunakan gubal pokok matatorsalo(di costa rica);tetapi larva yg mati masih ada didalam kulit.


>>>Menutupi lubang daging dengan pengilat kuku,vaselin atau pita pelekat menyebabkan larva tersebut tidak dapat bernafas,selepas 1 hari larva tersebut akan mati kelemasan


>>>Menggunakan alat mengeluarkan bisa di hospital

AND...INILAH LALAT BOT YANG DIMAKDUDKAN..EUWWW~






SEKIAN!