Wednesday, April 13, 2011

Matlamat Sebuah Perkahwinan

salam



semua insan ingin disayangi dan menyayangi betul x... semua insan ingin merasai kebahagiaan berumahtangga bersama insan tersayang, namun sudahkan kita bersedia untuk menempuh liku-liku hidup berumahtangga yang bakal datang dan kita sendiri tak tahu apekah dugaan tersebut? sudahkah kita mempersiapkan diri dengan ilmu berumahtangga sepenuhnya? bersediakah kita untuk menerima insan & keluarga baru dalam hidup kita? menjalani kehidupan yang "totally" berlainan dari cara hidup kita dulu? menjalankan tanggungjawab suami isteri? menjaga hati kuluarga kedua-dua belah pihak? dsb.



bila difikir-fikir semula, tahukah kita apakah matlamat sebenar sebuah perkahwinan? benarkah perkahwinan itu boleh mematangkan kita? walaupun sesebuah perkahwinan boleh mematangkan kita, namun untuk melayari bahtera rumah tangga yang boleh dikatakan sempurna seseorang haruslah mempunyai matlamat yang jelas untuk mendirikan rumah tangga.






adakah perkahwinan cukup bahagia dengan sekadar mencintai satu sama lain dengan pasangan kita? tak. KEREDHAAN ALLAH S.W.T. itu yang utama. jika perkahwinan kita tidak diredhai Allah swt maka belum tentu perkahwinan kita / bahtera yang kita punyai akan gah pada pandangan orang.. kita mungkin akan sentiasa tak tenang, hidup dalam masalah yang sentiasa mendatang. oleh itu untuk menempuh liku-liku hidup / ujian yang mendatang serta mendapat keredhaan Allah Swt, Muhasabah lah diri kita..






Adakah cinta kita kepapa pasangan berlandaskan cinta kita kepada Allah Swt? sesungguhnya hati kita mampu menerima satu cinta sejati sahaja, Jika cinta kepada manusia diutamakan maka dimana tempat dihati kita untuk Allah Swt? Sepatutnya untuk mendapat keredhaan Allah Swt dan mendapat kehidupan yang bahagia didunia ini, kita mestilah meletakkan cinta kepada Allah Swt di tempat yang paling utama dalam hati kita maka cinta kepada manusia akan dianugerahkan daripada-Nya kepada kita..



disamping itu, kita mestilah sentiasa memperbaiki kelemahan diri, tak kira dari ape jua sudut agar setiap dugaan yang mendatang dapat kita tempuh dengan tabah...Perkahwinan juga memerlukan sifat jujur, amanah, bertanggungjawab, berkomitmen yang tinggi, kepercayaan sesama sendiri serta cinta berlandaskan syariat Islam.. InsyaAllah CINTA kita sampai ke syurga..



pesanan untuk diri yang sentiasa alpa dengan kehidupan...