Monday, October 25, 2010

PENCEGAHAN KANSER PAYUDARA

BAGAIMANA MENCEGAH KANSER PAYUDARA???

Setiap wanita perlu mengetahui apa itu kanser payudara, cara merebak, komplikasi-komplikasi yang mungkin berlaku dan bagaimana ianya dikesan. Dengan pengetahuan ini, wanita-wanita akan lebih berhati-hati dan akan berjumpa dengan doktor lebih awal untuk pemeriksaan.



PEMERIKSAAN SENDIRI PAYUDARA. Pemeriksaan sendiri payudara secara berkala adalah penting untuk mengesan sebarang kelainan kepada payudara wanita.



PEMERIKSAAN KLINIKAL PAYUDARA. Di samping melakukan sendiri pemeriksaan buah dada, wanita-wanita juga digalakkan mendapatkan pemeriksaan dari petugas-petugas perubatan termasuk doktor dan jururawat yang terlatih.



Wanita-wanita yang berusia 20 tahun ke atas digalakkan mendapat pemeriksaan klinikal payudara 3 tahun sekali sehingga berusia 40 tahun.



Selepas 40 tahun, mereka digalakkan mendapat pemeriksaan setahun sekali.



UJIAN MAMOGRAFI Ujian mamografi adalah ujian X-Ray ke atas payudara. Ia merupakan salah satu kaedah saringan untuk mengesan kemungkinan kanser payudara. Kaedah mamografi adalah kaedah saringan yang paling utama untuk kanser payudara. Kajian menunjukkan Ujian mamografi ke atas wanita-wanita berusia lebih 40 tahun telah dapat mengurangkan kadar kematian akibat kanser payudara sebanyak 18% . Walau bagaimanapun mamografi bukanlah 100% berkesan, kajian menunjukkan mamografi gagal mengesan kanser payudara di dalam lingkungan 10-15% daripada jumlah kanser payudara. Wanita hendaklah faham bahawa mamografi adalah ujian saringan untuk memilih wanita yang memerlukan pemeriksaan dan ujian lanjut

WASH YOUR NEW CLOTHES BEFORE USE

AT-10-TION to all WOMAN...



wash up your clothes before use especially your BRA!!! WHY???




these are the reasons...baca story kat bawah neh




Setelah Susan McKinley (antropologis) pulang ekspidisi di Amerika Selatan, dia menyedari ada ruam aneh di payudara sebelah kirinya. Dia tidak tahu apakah ruam itu. Dan dia menduga ruam tersebut akan hilang seiring waktu.Setelah kembali, ia menemui doktor kerana sudah ada rasa sakit. Doktor tidak tahu penyakit apa yang dideritainya. Doktor memberikannya antibiotik dan krim khusus. Setelah selang beberapa hari, rasa sakitnya tidak juga hilang. Payudaranya makin panas dan mulai berdarah.Dia memutuskan untuk membalut payudaranya itu, tapi rasa sakitnya makin bertambah. Dia mula mencari doktor-doktor terbaik. Salah satunya Dr Lynch. Tetapi doktor tersebut juga tidak mendiagnosa infeksi tersebut dan meminta Susan mencari temannya yang merupakan ahli dermatologi.




Malangnya, Susan terpaksa menunggu lama untuk bertemu doktor tersebut.Pertemuan tersebut tetap dapat dilakukan. Alangkah terkejutnya Susan apabila dia membuka pembalut payudaranya itu, dia mendapati larva bertumbuh dan bersarang dalam pori-pori payudaranya. Sesekali makhluk jahat itu masuk dalam pori-pori dan muncul dilubang sebelahnya.Yang dia tidak tahu adalah, lubang itu sangat dalam dari yang disangkakan. Larva itu memakan lemak, lapisan kulit dan kanal payudaranya.Berdasarkan informasi ini, disarankan agar para wanita diluar sana mencuri bra yang baru dibeli sebelum menggunakannya. Bra yang sudah dipakai juga harus sering dicuci dan dijaga kebersihannya.






Jangan biarkan diri anda menjadi sarang kulat/penyakit tanpa anda sedari. Kadang-kadang nampak macam bersih tapi kita tak tahu disitulah tempat terkumpulnya baktria/kulat dan sebagainya....


KALAU TIDAK INILAH AKIBATNYA!!!





SANGGUPKAH ANDA MENGHADAPI SITUASI SEBEGINI???

Sebenarnya ulat larva itu adalah parasit yang hidup dalam badan manusia/mamalia. Ianya merupakan penetasan telur daripada seekor lalat bot ke dalam badan manusia/mamalia



Lalat bot adalah dari keluarga oestridae. Wujud sekitar 150 spesis yang dikenal seluruh dunia yang menjadikan mamalia sebagai perumah larvanya. Ia juga dikenali sebagai tarsola atau american warbie fly.Lalat bot betina akan meletakkan 30biji telurnya di bawah sayap lalat spesis lain. Telur lalat bot yang jatuh di badan kita akan bertindak balas dengan kepanasan suhu badan kita. Lalu segera menetas. Bukan sahaja di payudara malahan,kepala,kaki,tangan,mata,telinga dan hidung juga boleh dijangkiti. Kira-kira 8 minggu ia akan mencapai peringkat kepompong. Pada kebiasaanya di peringkat kepompong, ia akan jatuh ke tanah dan seminggu lepas tu,ia akan menjadi lalat bot yang dewasa.



antara cara untuk mengeluarkan larva/ulat tersebut adalah


>>>Meletakkan daging mentah di bahagian luka sebagai umpan


>>>Menggunakan gubal pokok matatorsalo(di costa rica);tetapi larva yg mati masih ada didalam kulit.


>>>Menutupi lubang daging dengan pengilat kuku,vaselin atau pita pelekat menyebabkan larva tersebut tidak dapat bernafas,selepas 1 hari larva tersebut akan mati kelemasan


>>>Menggunakan alat mengeluarkan bisa di hospital

AND...INILAH LALAT BOT YANG DIMAKDUDKAN..EUWWW~






SEKIAN!

KETAHUILAH BAHAYA PANADOL!!!

hye readers...just now cikayue terbaca 1 artikel berkaitan BAHAYA PANADOL...so kepada sesiapa yang sangat suka menelan Panadol xkira tension/ sakit kepala/ etc sila baca artikel dibawah nie okay! hope korang x amalkan lagi memakan Panadol / pain killer/ what so ever terlalu kerap..


JANGAN AMBIL PANADOL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya. ..

"Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun.

Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak.




Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan.



senang je nak dapatkan isotonic drinks neh..kat kedai banyak kan...cikayue minat 100PLUS

kalau u all x minat try la REVIVE or minuman isotonik yang lain okay!


Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

PANADOL adalah sejenis "painkiller" , semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?


Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang "biasa" ini ke dalam mulut anda

......................to my beloved mr amdanhusin......................

beware with PANADOL or othar pain killer okay!

kalau orang cakap u x ensem xpe...i admit u the most handsome guy..;))