Setiap wanita perlu mengetahui apa itu kanser payudara, cara merebak, komplikasi-komplikasi yang mungkin berlaku dan bagaimana ianya dikesan. Dengan pengetahuan ini, wanita-wanita akan lebih berhati-hati dan akan berjumpa dengan doktor lebih awal untuk pemeriksaan.
PEMERIKSAAN SENDIRI PAYUDARA. Pemeriksaan sendiri payudara secara berkala adalah penting untuk mengesan sebarang kelainan kepada payudara wanita.
PEMERIKSAAN KLINIKAL PAYUDARA. Di samping melakukan sendiri pemeriksaan buah dada, wanita-wanita juga digalakkan mendapatkan pemeriksaan dari petugas-petugas perubatan termasuk doktor dan jururawat yang terlatih.
Wanita-wanita yang berusia 20 tahun ke atas digalakkan mendapat pemeriksaan klinikal payudara 3 tahun sekali sehingga berusia 40 tahun.
Selepas 40 tahun, mereka digalakkan mendapat pemeriksaan setahun sekali.
UJIAN MAMOGRAFI Ujian mamografi adalah ujian X-Ray ke atas payudara. Ia merupakan salah satu kaedah saringan untuk mengesan kemungkinan kanser payudara. Kaedah mamografi adalah kaedah saringan yang paling utama untuk kanser payudara. Kajian menunjukkan Ujian mamografi ke atas wanita-wanita berusia lebih 40 tahun telah dapat mengurangkan kadar kematian akibat kanser payudara sebanyak 18% . Walau bagaimanapun mamografi bukanlah 100% berkesan, kajian menunjukkan mamografi gagal mengesan kanser payudara di dalam lingkungan 10-15% daripada jumlah kanser payudara. Wanita hendaklah faham bahawa mamografi adalah ujian saringan untuk memilih wanita yang memerlukan pemeriksaan dan ujian lanjut
No comments:
Post a Comment