SELAMAT PENGANTIN BARU
kepada pasangan pengantin ZULFADLI BIN ABD RAHMAN & AZIZAH BT. MUHADI
pernikahan selamat dijalankan pada 14/11/2010(ahad), di Felda Maokil 1, Labis, Segamat, Johor dirumah pengantin perempuan
SEMOGA PERKAWINAN MEREKA DIBERKATI ALLAH HENDAKNYA!
AMIN
Next Station is...
Kg Baru Menggong (meraikan pengantin lelaki)
plus
Sepasang Pengantin lagi....
kalau tertanya-tanya siapakah pengantin tersebut
wait & see jer okay!
=)
lastly, marilah bermuzakarah sebentar
Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa Aqil ibnu Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan bani Jusham..lalu datang orang ramai dan berkata, “semoga berbahagia dan ramai anak”..
Mendengar yang demikian Aqil berkata; “janganlah kamu berkata demikian kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian.”..
Mereka lalu bertanya, “jika demikian apa yang patut kami katakan wahai abu Yazid?"
Aqil menjawab,”Katakan (semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu). Begitulah yang diperintahkan kepada kita”.
..........
Dalam sebuah hadis riwayat imam Bukhari, diceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. ternampak kesan sufrah ( sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman bin Auf r.a. lalu baginda bertanya, “apakah ini?”
Lalu jawab Abdul Rahman r.a. “saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma.”
Rasulullah bersabda, “(semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash.”
p/s: walimah bermaksud jamuan agama
..........
Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w akan berkata, “( semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu dalam kebaikan)."
..........
Menurut imam Nawawi daalm al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan- ucapan Rasulullah di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan “ semoga berbahagia dan ramai anak.”
Mana taknya ,kehidupan pasangan yang diberkati Allah sudah tentu hidup dengan gembira dan bahagia.Sedangkan kehidupan pasangan yang gembira dan bahagia belum tentu mendapat keberkatan-Nya.
No comments:
Post a Comment