Thursday, July 5, 2012

Sulaman by ayuebasri

assalamualaikum,

alhamdulillah, di pagi jumaat nie marilah sama-sama kita mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat lagi kita semua hidup di muka bumi Allah yang luas terbentang ini.. Juga Al-fatihah buat muslimin dan muslimat yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga mereka di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. Amin

hari ini 6hb Julai 2012..sekejap je rasanya Ramadhan menjengah kembali, rasa baru semalam kita semua umat Islam berpuasa, baru semalam kita semua berhari raya, dan baru semalam saya kehilangan insan yang tersayang buat selama-lamanya. apapun semua yang berlaku adalah ketentuan Allah, kita sebagai insan di muka bumi Allah ini hanya redha dengan segala qada' dan qadarNya.. semoga permata yang pertama akan menyinari kehidupan kami ibu bapanya di "sana" kelak..

apepun, kehidupan perlu diteruskan,  baru sebulan menamatkan kursus sulaman yang dibiayai oleh PUNB, alhambdulillah, dah pandai nak buat sulam & buat segala jenis printing seperti kad kahwin, banner, bunting, bisnes kad, brochures, flyers, bill book dsb.

jom lihat~ :)


sulaman menggunakan mesin sulam dari Jepun, Happy Machine..
memang guna mesin ni happy je sebab senang nak handle
(^^_)


last sulaman untuk pesta sungai negeri melaka
nama datuk ali pun adee....
**yg sebelum-sebelum ni punye sulaman banyak so memang xsempat nak snap pic..layan mana yang ade je ye..


see~

berminat? just call 017-6411539
or emel di yudanprinting@gmail.com


Wednesday, June 20, 2012

Peluang Siswazah Untuk Menjdai Usahawan

Assalamualaikum kawan-kawan

alhamdulillah, semalam 1 hari menghabiskan masa di punb untuk business consultation. seronok sangat dapat reunion dengan sahabat usahawan punb. semalam yang attend untuk BC boleh tahan jugak ramainye dalam 69 orang, mane tak nye dari batch 8 sampai batch 12 yang datang. pengambilan telah pun ditamatkan setakat batch 12..after this tak de lagi pengambilan baru untuk attachment selama 6 bulan, kalau ade pun attachment selama 1 tahun..*selamat sayer..fuh!*

kepada siswazah yang berminat untuk menjadi usahawan cepatcepatlah isi borang di website punb sebab pengambilan untuk attachment setahun hanyalah terhad kepada 200 orang sahaja. jika anda betulbetul berkelayakan sahaja yang akan diterima sebagai perantis punb.

syarat-syarat kelayakan untuk menjadi perantis punb adalah:
1) korang mestilah berminat untuk menjadi usahawan dan bersemangat kental.. (cewahhh macamlah sayer ni kental sangatttt kan)
2) korang mestilah juga mempunyai kelululusan ijazah @ diploma @ sijil kemahiran tahap3
3) pandai berkomunikasi, jika tidak anda mungkin kecundang semasa interview yang dahsyat dari panel punb..

selamat maju jaya~
:)

p/s:  pagi esok subuhsubuh nak gerak naik KL (kampung kerinchi) sepupu kawen..
tatatititutu..

Monday, June 11, 2012

Permulaan baru :)

assalamualaikum

lame betul rasenya x mengupdatekan diri di belog kesayangan nie
agak kesian belog nie coz diabaikan dalam tempoh masa yg amat lama
see, last entry Dec 2011..tu entry ntah ape-ape kan~ sobs!
mane tak terabai blog kesayangan nie
ayue terlalu sibuk dengan program latihan usahawan siswazah selama 6 bulan
memang masa untuk berblogging agak terbatas,
yang sempat pun jenguk kejap-kejap je..

alhamdulillah tamat sudah latihan 6 bulan yang penuh dengan dugaan dan cabaran tersebut
sekarang nie just kena buat proposal untuk memastikan perniagaan yang diimpikan tercapai..wee~ :)

apepun, ia tetap akan mengambil masa yang agak lama,
tapi xtau bila ia akan menjadi realiti, ape yang ayue buat sekarang hanyalah berniaga secara
kecil-kecilan..

antara perkhidmatan dan produk yang di lakukan adalah:
  1. menerima tempahan & design kad kahwin, bisnes kad, flyers, brochures, banner, banting, backdrop, dsb.
  2. turut menerima tempahan t-shirt dan sulaman.
  3. juga menjual teh herba misai kucing bagi pengidap kencing manis, darah tinggi, gout dan kanser.
insyaAllah segala info akan diupdate serajin yang mungkin~ :)

jika ada sebarang pertanyaan
jangan segan silu untuk menghubungi saya ayuebasri di talian 017-6411 539
sekian, wasalam
     

Friday, December 16, 2011

Speechless Friday

Selamat Pengantin Baru BFF

AdnilLinda & Shahrizal

Semoga Kekal Hingga Ke Syurga

Friday, December 9, 2011

Dekatkan hati dengan PUNB :)

assalamualaikum w.b.t

ehem..ehem..
apa khabar semua, sihat? dah makan? dah mandi? tengah watpe? xde watpe? xde keje? ade sijil sebesar poncho tapi tanam anggur sepenuh masa n xde hasil? minat nak meniaga mcm saya x? haa kalau minat jom join saya mendekatkan diri dengan Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)

skim yang saya join sekarang ialah skim Siswazah Perantis sebab dah xde bisnes, minat bisnes n xde pengalaman n yg paling penting TAKDE MODAL..(yg ade pun juz bisnes Teh Misai Kucing jual kecik2) T_T

so kalau korang minat senang je syarat2nye..

1) korang mestilah minat nak meniaga..kalau xminat xpayah baca sampai habis ye..
2) korang mestilah mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya SKM II (Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2) atau Diploma atau Ijazah
3) and then korang xde kerja tetap..kejap2 cari keje lain..kejap2 cari keje lain..
4) kuat dari segi emosi, fizikal dan mental, sebab bila dah jadi businesswoman/businessman mestilah kena kuat sume tu..mane x nye..nanti nak kena serve customer yg bermacam2 ragam kan..

so, kalau dah buat check up atas diri korang tentang keempat-empat syarat kat atas tuh bolehlah register kat sini.. InsyaAllah impian korang akan tercapai..

amin

P/S: tak lama lagi jadi bisneswoman lah sayer~ :)