Friday, February 19, 2010

4th**sajian selera**

hye guys.......
td belek2 mjalah mingguan wanita..
trbaca part sajian selera.. n trase nk publish kt sini..


nasi goreng labu
bahan2:
200g udang
200g ayam char siew
600g nasi
3biji telur ayam
garam n lada hitam secukup rasa

cara2 membuat:
1) panaskan minyak, masukkan udang, kemudian telur dan ayam char siew.
2) selepas semuanya sebati, masukkan nasi dan kacau lagi.
3) akhir sekali masukkan garam dan lada hitam. kacau rata sebelum dihidangkan.



tilapia stim

bahan2:
(A) 1ekor ikan tilapia merah
(B) 20g bawang putih, 30g cili merah, 30g tan chong
(C) 50g sos cili, 20g bawang merah dimayang, 50g sos plum, 300g minyak, garam dan gula secukup rasa.

cara2 membuat:
1) ikan tilapia dibersihkan. setelah itu dikukus hingga masak. angkat dan letakkan di dalam pinggan besar. ketepikan seketika.
2) bahan B dikisar dan kemudian ditumiskan sehingga masak.
3) setelah itu masukkan pula bahan C. gaul hingga sebati dan masak lagi hingga naik bau.
4) selepas itu, tumisan tadi dituangkan ke atas ikan yang telah dikukus.



mussel with parsley

bahan2:
(A) 2sudu besar minyak zaitun, 30g bawang putih dicincang halus, garam dan lada hitam secukupya..
(B) 2keping kupang hijau, 150g mentega, 30g daun parsli..

cara2 membuat:
1) campurkan semua bahan A dan gaul sebati.
2) letakkan semua bahan yang digaulkan tadi diatas kupang kemudian bakar dalam ketuhar selama 5 minit.
3) sedia untuk dihidangkan..



ceriche(salmon lemon with salsa)

bahan2:
(A) 4keping hirisan ikan salmon segar, 1biji buah lemon
(B) 1 biji lada benggala hijau, 1/2 biji buah avokado, 50g daun ketumbar, garam dan gula secukup rasa.

cara2 membuat:
1) lemon dibahagikan kepada dua. perahkan lemon ke atas salmon dan perap sekejap.
2) semua bahan B dipotong kiub dan bersihkan. gaul bersama garam dan gula.
3) setelah itu letakkan semua bahan B yang telah dipotong ke atas ikan salmon.
4) perahkan lagi sebahagian lemon ke atas ikan tadi dan sedia dihidangkan.



grilled chicken leg served

bahan2:
1keping chicken chop, 1paket highland green salad, 150g sos itali, garam dan lada sulah secukupnya.

cara2 membuat:
1) gaulkan ayam dan lada hitam. perapkan seketika.
2) setelah itu, gril ayam yang diperapkan di atas hot plate
3) serelah masak angkat dan tuangkan sos itali ke atas ayam
4) hidangkan dengan salad segar.



pan fried fish with cream sauce

bahan2:

sekeping ikan merah

untuk sos: 200g mayonis, 50g daun parsley dicincang, 50g yellow mustard, garam dan lada sulah secukup rasam sebiji lemon.

cara2 membuat:
1) ikan merah digaul dengan perahan lemon, garam dan lada sulah. perapkan seketika.
2) kemudian gril ikan di atas kot plate.
3) setelah masak, angkat dan hiaskan dengan sayur-sayuran kemudian tuang sos ke atas ikan

lemon cheese cake

bahan2:
untuk krim
1kg krim keju, 250g gula, 250L krim putar, 8biji telur, 1/2 biji lemon, esen vanila secukup rasa.

kekspan:
500g tepung kek span berperisa vanila, 125L air, 250L telur, 125L minyak jagung.

cara2 membuat krim:
1) pukul krim keju dan gula sampai kembang
2) campur dengan telur sedikit demi sedikit
3) campurkan krim putar, esen vanila dan lemon dalam aduna krim keju tadi.
4) tuangkan krim diatas kek span bila telah siap, bakar bengan cara double boiled.

cara2 membuat kek span:
1) pukul tepung, air dengan telur sampai kembang
2) akhir sekali tuangkan minyak dalam aduanan tepung dan bakar.


jantung pisang masak lemak putih

bahan2:
1biji jantung pisang direbus
(A) 3biji cili merah dikisar, 2ulas bawang merah dikisar, 10g ikan bilis atau udang kering.
(B) 300g susu cair, 1sudu serbuk lada putih

cara2 membuat:
1) panaskan kualai dan masukkan bahan A yang telah dikisar. kemudian masukkan bersama bahan B.
2) setelah mendidih, masukkan jantung pisang dan perasa secukupnya. sedia untuk dihidangkan.


sotong sumbat pulut berlemak

bahan2:
(A) 1kg sotong saiz sederhana, 300g beras pulut dimasak terlebih dahulu.
(B) 500g susu cair, 30g bawang merah dikisar, 15g bawang putih dikisar, 10g halia dikisar, 1batang serai dikisar, 2sudu besar air gula merah, garam secukup rasa.

cara membuat:
1) bersihkan sotong. masukkan pulut yang telah dimasak tadi ke dalam sotong.
2) panaskan kuali atas api yang perlahan dan kemudian masukkan santan bersama bahan yang telah dikisar
3) kemudian masukkan sotong yang telah disumbat pulut hingga mendidih.sedia untuk dihidangkan.


isi ketam sumbat dengan sos masam

bahan2:
(A) 20ekor ketam diambil isinya, 30g lobak merah, 10 seleri, 1ulas bawang besar, 1sudu tepung jagung, 1 butir telur.
(B)3ulas bawang putih dicincang, 1biji lemon diambil airnya, 50g susu cair, sedikit perasa.

cara2 membuat:
1) cincang dahulu semua bahan A dan gaulkan bersama tepung jagung dan telur hingga sebati. kemudian masukkan ke dalam kulit ketam dan kukus selama 5 hingga 7 minit.
2) tumis bawang putih dan masukkan jus lemon dan susu cair sehingga mendidih. kemudian tuangkan ke atas ketam yang telah dikukus tadi. hias dan sedia untuk dihidangkan.


kambing panggang bersos kari hijau berserai

bahan2:
250g tulang rusuk kambing, 1tin susu cair, 3batang serai, 20g bawang putih dikisar, 30g bawang merah dikisar, 20g halia dikisar, 40g cili hijau dikisar, 40g daun ketumbar, sedikit serbuk lada sulah, 20g serbuk jintan manis, 20-30g paprika.

cara2 membuat:
1) perapkan tulang rusuk kambing dengan paprika, garam dan lada sulah selama 15- 20 minit. kemudian panggang sehingga masak.
2) untuk membuat sosnya, masak semua dalm kuali hingga mendidih serta naik minyak.
3) masukkan susu cair dan bahan perasa secukupnya. apabila siap, tuangkan ke atas tulang rusuk kambing yang telah siap dipanggang tadi. sedia untuk dihidangkan.

No comments: