Monday, February 14, 2011

Mari Bersilat- Cha..cha..cha!!!

salam

cerita dah lapuk..tapi tiba-tiba rase nak update pasal silat-silat nie..
tadi tlg AH update belog dia pasal
pada 5hb Februari, 2011 yang lepas

AH pun lambat update belog dia..latest update bulan 11 tahun lepas..
nak update kan xnak..
coz xtvt & gambar banyak berkaitan kompang
tapi dia nak update pasal silat jeks.. yang lain xnak..
ok, ai pun bertindak mengikut arahan je la kan..

bak kate cousin ai, beruntungnye sape dapat ai coz dengar cakap..
huhuhu..
poyo je.. =.='

actually dalam entry tu xde pun gambar dia tengah persembahkan silat bunga kosong..
tau x kenapa...sebabnye, dia cakap gambar tu buruk..x ensem..
dah desak-desak pun xnak juga..
last-last dia cakap gini

"kalau ayu nak letak la kat belog ayu tue"

waaa....i loike..
tq sebab bg izin sebelum mintak..
ngehehe...

inilah gambar yang buruk sangat tue...

AH tengah persembahkan silat bunga kosong
anak ke-3 Guru Kanan Seni Silat Setia Hati (ESHA), Melaka
berbaju hitam di bawah ye tuan-tuan dan puan-puan
like father like son kan..
ngehehehe...



ok lets proceed



fais farhan aka adik angkat AH juga bakal adik ipar angkat cik ayue
dah mcm adik sendiri pown
nasib baik dengar cakap...xdela poning kepalo den nak jaga..
huahuahua...
beliau juga mempersembahkan Silat Tangan Kosong


geng 5 berantai
membuat persembahan marshall (btul ke ejaan tue..hentam jela labuu.)


Mamat & Yazid
Silat Tempur Bersenjata
terbang-terbang tue yang mahal tue
hihihi


Kudin & Fais
Tempur Tangan Kosong
steady lah!

even kami berlainan guru
tapi kami umpama 1 family
sebabnya, AH juga rapat dengan ahli-ahli PSSCM

p/s: kalau nak tengok persembahan silat & kompang yang gempak datanglah majlis kami nanti..
insyaAllah tak mengecewakan.. ;)

all pic credit to insan tersayang..

Thursday, February 10, 2011

Mood-Tersangatlah Sibuk

salam

since juz tinggal 3 minggu saje untuk sampai ke "tarikh keramat" itu, cik ayue tersangatlah sibuk dengan pelbagai urusan...

ahad lepas
...
just finished "berkampung"..alhamdulillah everythig goes well..

balik bercuti *4 hari sebelum raya cina*
...
siang malam bertungkus-lumus mencantikkan rumah...siyesss mmg penattt...
tapi ape leh buat, balik skali skala..so skali balik kena manfaatkan masa yang ada sebaiknye..

ahad
...
jadi pengiring untuk pertandingan kompang sempena maulidur rasul
bertempat di masjid al-azim
pukul 2.00ptg
al-maklumlah..kena galas tanggungjawab coz AH mmg jurulatih silat & kompang...
kira ai ni asisstant x bertauliah dia lah kannn... =.='

next-week
...
standby untuk pre-wedding
incik kaye cun(abg angkat AH) merancang segala-galanya..
kami hanya bertindak mengikut arahan..
huhuhu...

persiapan untuk diri sendiri???
mane yang sempat jela...
huhuhu..

sekian..
next update
xleh janji k..
BW mane yang sempat dulu...


Tuesday, February 1, 2011

Berkampung

salam


korang pernah dengar x pasal berkampung?
jangan salah faham
berkampung nie ada banyak maksud
tapi berkampung yang cik ayue maksudkan nie, berkampung bila nak adakan kenduri besar macam kenduri kawen cik ayue nanti..


cik ayue tak tau kat tempat lain macam mane, tapi yang cik ayue tau trend berkampung nie telah diamalkan sejak turun-temurun oleh famili cik ayue..maybe kat tempat lain atau pun famili lain ade gak buat amalkan berkampung nie...


berkampung nie lebih kurang macam 1 kenduri kecil sebelum majlis perkahwinan sebenar, dimana sanak-saudara dan jiran tetangga berkumpul untuk berbincang:


lauk pauk yang akan di masak semasa kenduri nanti
siapa yang akan mengetuai bahagian masakan
siapa yang ingin menanam*
dan macam-macam lagi berkaitan kenduri kahwin nanti..

biasanya berkampung akan diadakan 1 @ 2 minggu sebelum majlis sebenar..
so, this week cik ayue nak balik kampung lagi untuk berkampung..
tolong-tolong mane yang patut..
of course cik ayue kena tolong..nie kan majlis cik ayue..hik3!


senang cerita, berkampung nie diamalkan untuk meringankan beban keluarga pengantin..kenduri kahwin kan kenduri besar...meraikan bakal pengantin, so kenalah ada kerjasama antara famili dan jiran tetangga..barulah majlis berjalan lancar..kalau sume cik ayue nak keluarkan duit, botak kepala ai tauuu....hihihihi....


tapi kalau mcm kamoo2 x perlu berkampung kot..kamoo2 kan banyakkk simpanan..xmacam cik ayue nie...dah la baru habis study, confirm-confirm la duit xdok! so, nie la gunanye berkampung..hik3.. ;)


*bertanam= seseorang akan memberi something untuk kenduri kahwin tue (cth: beras, minyak masak, telur etc.) pastu, bila famili mereka adakan kenduri kahwin kami akan membalas semula pemberian mereka dengan barang yang sama atau dengan memberi wang yang sama nilai dengan barang yang telah mereka berikan semasa berkampung..


pesanan penaja: kalau xdok duit, jangan gatai2 nak kawin macam ai! ai je xpe hokay! :p

Monday, January 31, 2011

Yeay! Kad Kahwin Dah Siap

salam

hooray!
kad kawen kami dah siap
pasni sesi mengumpul alamat
then, post-pengepos pulaks..
^_^

ini kad kawen sebelah cik ayue
blue color

dan ini kad kawen sebelah amdanhusin
haruslah merah

kalau nak tinggalkan alamat okay!
:)

Sunday, January 30, 2011

Mengalah Tak Semestinya Kalah...

salam

tadi on FB jap..
jumpe lak statement dari cik linda nie
"lelaki kena selalu mengalah dengan pempuan, coz diorang ada 9 akal & pempuan ada 1 akal"

"bukan mengalah sebab kalah..
mengalah sebab nak elak keadaan jadi teruk..
pempuan bese la..kalau tengah emo mane leh tegur..
sebab tue lelaki kena pandai guna akal..
mengalah dulu..bila dah sejuk tegurlah..
kan senang..." ...adnil linda

oh yeah!!!
terasa memihak pada sayer lol..
bagi amdanhusin baca,
then he smile
hehehe...

I LOIKE!

tq for the statement.. ;)