Thursday, April 14, 2011

Begedil Style Ayue

salam



semenjak dah kawin nie rajin pulak nak masak2 bagi family mertua makan + rasa masakan menantu diorang neh...tapi jangan salah sangka..dah sebulan kahwin nie ayue masak2 untuk breakfast ngan minum petang jeks..untuk lunch biasanye parents-in-law yang masak.. al-maklumlah, ai kan manje orangnye..hik3!



kalau tolong masak pun hujung2 minggu kalau xbalik umah mak ayue...banyak juga kuih2 + kek yang ayue dah bagi diorang rasa..*banyak ke??*huhu...antaranya kek batik, nasi goreng, yong tau foo, cekodok, dsb..dan yang terbaru ayue masak kan begedil



mcm mane leh terfikir nak wat begedil nie?? mula2, about 2 weeks ago my husband ngan abg ipar ayue g beli barang2 untuk buat yong tau foo..favourite food kami sekeluarga...ayue ngan biras aka kak atie pun senaraikanlah barang2 yang diorang kena beli..oleh sebab takut diorang nie xfaham english language, kak atie pun tulis dalam bahasa malaysia salah satu daripadanya isi ikan aka fishcake.





bila dah balik tengok fishcake xde, yang ade isi ikan salmon...mula2 rancang nak wat steambot, tapi x jadi...so sayang takut busuk, semalam ayue n husband cari lah barang nak wat begedil..selalu kita jumpa begedil daging ngan ayam je kan..kali nie ayue wat begedil ikan salmon lak..hihihihi~



kentang (buang kulit)
daun sup (hiris)
bawang besar (potong dadu)
lada sulah (ditumbuk)
jintan manis (ditumbuk)
jintan putih (ditumbuk)
garam secukup rasa
serbuk roti (ayue suka pakai serbuk roti coz x berminyak sangat berbanding juz guna telur saja)
minyak untuk menggoreng



cara-cara nak wat begedil style ayue

>> mula2 rebus kentang sampai empuk kemudian toskan
>> lenyek kentang (pandai2lah korang nak lenyek pakai ape, ayue guna pelenyek dia)
>> masukkan daun dup, lada sulah, jintan manis, jintan putih dan garam secukup rasa
>> gaulkan sebati dan perap untuk seketika
>> kepal adunan mengikut kretiviti anda
>> celup kepal2 dalam telur yang telah dipukul dan salut dengan serbuk roti
>> goreng dalam minyak yang panas




>> sedia untuk dihidangkan



results



YUMMY




licin hingga menjilat jari :))


pic: semua ihsan dari google.. kalaulah ade H/p canggih leh snap pic xkira masa dimana jua kan best... T_T









dan hasilnya

Wednesday, April 13, 2011

Matlamat Sebuah Perkahwinan

salam



semua insan ingin disayangi dan menyayangi betul x... semua insan ingin merasai kebahagiaan berumahtangga bersama insan tersayang, namun sudahkan kita bersedia untuk menempuh liku-liku hidup berumahtangga yang bakal datang dan kita sendiri tak tahu apekah dugaan tersebut? sudahkah kita mempersiapkan diri dengan ilmu berumahtangga sepenuhnya? bersediakah kita untuk menerima insan & keluarga baru dalam hidup kita? menjalani kehidupan yang "totally" berlainan dari cara hidup kita dulu? menjalankan tanggungjawab suami isteri? menjaga hati kuluarga kedua-dua belah pihak? dsb.



bila difikir-fikir semula, tahukah kita apakah matlamat sebenar sebuah perkahwinan? benarkah perkahwinan itu boleh mematangkan kita? walaupun sesebuah perkahwinan boleh mematangkan kita, namun untuk melayari bahtera rumah tangga yang boleh dikatakan sempurna seseorang haruslah mempunyai matlamat yang jelas untuk mendirikan rumah tangga.






adakah perkahwinan cukup bahagia dengan sekadar mencintai satu sama lain dengan pasangan kita? tak. KEREDHAAN ALLAH S.W.T. itu yang utama. jika perkahwinan kita tidak diredhai Allah swt maka belum tentu perkahwinan kita / bahtera yang kita punyai akan gah pada pandangan orang.. kita mungkin akan sentiasa tak tenang, hidup dalam masalah yang sentiasa mendatang. oleh itu untuk menempuh liku-liku hidup / ujian yang mendatang serta mendapat keredhaan Allah Swt, Muhasabah lah diri kita..






Adakah cinta kita kepapa pasangan berlandaskan cinta kita kepada Allah Swt? sesungguhnya hati kita mampu menerima satu cinta sejati sahaja, Jika cinta kepada manusia diutamakan maka dimana tempat dihati kita untuk Allah Swt? Sepatutnya untuk mendapat keredhaan Allah Swt dan mendapat kehidupan yang bahagia didunia ini, kita mestilah meletakkan cinta kepada Allah Swt di tempat yang paling utama dalam hati kita maka cinta kepada manusia akan dianugerahkan daripada-Nya kepada kita..



disamping itu, kita mestilah sentiasa memperbaiki kelemahan diri, tak kira dari ape jua sudut agar setiap dugaan yang mendatang dapat kita tempuh dengan tabah...Perkahwinan juga memerlukan sifat jujur, amanah, bertanggungjawab, berkomitmen yang tinggi, kepercayaan sesama sendiri serta cinta berlandaskan syariat Islam.. InsyaAllah CINTA kita sampai ke syurga..



pesanan untuk diri yang sentiasa alpa dengan kehidupan...

Sunday, April 10, 2011

Bukan Tempat "Simpan" Anak

salam


ibu bapa kepada anak kelainan upaya (OKU) disarankan supaya bekerjasama dalam memberi perhatian kepada proses pembesaran anak mereka serta tidak menjadikan PUSAT PEMULIHAN sebagai tempat "menyimpan anak" ketika bekerja.



Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Noormah Abdul Rauf berkata kerajaan dan badan korporat hanya membantu secara sampingan dan ibu bapa seharusnya tidak melepaskan tanggungjawab kerana mereka yang patut lebih memikirkan kepentingan anak mereka.



sekian dari saya Pemberita: Nur Srimazayu Binti Basri



hahaha...ade macam pemberita tak..ade kan..ade kan..ade kannnn!
poyo je! (korang cakap)
tsk..tsk..tsk..
T_T



actually, petikan berita kat atas di ambil dari pic keratan akhbar bawah neh
(ciplak from my cousin) :)

kepada ibu bapa yang ada anak-anak istemewa seperti di atas nie janganlah abaikan mereka..mereka juga mempunyai hak yang sama seperti anak-anak normal yang lain..mereka juga mempunyai perasaan untuk disayangi & menyayangi, mendapat perhatian yang sewajarnya dari ibu bapa mereka...kepada siapa lagi hendak mereka pergi kalau bukan ibu bapa mereka..betul x.. sekian, pakar motivasi: Nur Srimazayu Basri.. :D



korang tau x kenapa tiba ayue nie poyo sesangat arie nie? tau ke x???
xtau kan...
nie nak bagi tau la nie....
gelojoh betul lah hang pa nie
hihihihihi..



saya sangat poyo arie nie
sebab...
dalam paper tue adalah my beloved aunty; Pn Maimunah Lajin (berbaju purple) & my beloved cousin; Murni Abdul Razak (berbaju oren)
sangat suka bila mereka masuk akhbar, coz Jabatan Kebajikan Masyarakat & yang lain2 tak sisihkan insan OKU, dan mereka juga mendapat perhatian yang selayaknya dari kita semua..



my aunty nie actually ada 2 orang anak OKU



sorang Kamalia (tak boleh dengar + cakap)
so, kena guna bahasa isyarat nak comunicate dengan dia
ayue pun reti lah jugak sket2 bahasa isyarat tue..huhu..teror kan..;D



sorang lagi Murni; dalam gambar (xkuat untuk berjalan + berdiri)
perlu dipimpin untuk berjalan



kalau korang nak tau lagi, mereka dilahirkan normal seperti kita...sempurna tanpa sebarang kecacatan..tapi one day, mereka diserang demam panas thats why lah kehidupan mereka berubah..tapi mereka nie kuat semangat tau, rajin tolong mak ayah...sangat sayang mereka juga family mereka...lebih-lebih lagi my aunty yang actually ibu susuan saya... :)



so, kepada ibu bapa, bakal-bakal ibu & bapa kena berjaga-jaga dengan kesihatan anak-anak tau!



sekian




Wednesday, March 30, 2011

Salam 1 Malaysia

salam


fuhh! dah lama rasenye x update.. macam dah berkurun!
kalau dah sibuk ngan keje mane lah sempat nak ngadap PC sangat kan...
BW pun pun susah sesengat sekarang neh!
apepun I try my best jugak lah utk curi2 masa BW blog kengkawan.
tapi jarang tinggalkan mesej coz nak cepat..
BW pun just nak tau perkembangan masing-masing je..


just
saya check yahoo mail
punyalah banyak emel sampai 2000++
tapi most of them from Facebook! =.='
banyak2 pun kena gak scan satu-satu mane tau ade emel yang penting kan...


check punya check


dari Facebook dah mmg bertimbun

then, dapat emel dari jobstreet pulak
*keje best tapi sume luar Melaka*
so terpaksa mark to delete coz my hubby xbagi keje luar dari Melaka

then, seperti yang most of Malaysian dapat masa Chinese New Year aritu iaitu emel dari
YB Perdana Menteri kita Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
*dah sah memang ketinggalan zaman!*




ada yang terima melalui mesej / sms
ada juga yang terima melalui emel macam I



p/s: korang bangga x dapat PM yang suka bergaul dengan rakyat x kira
apa jua cara...bukan senang dapat PM yang berjiwa rakyat kan.=)
thanks PM!


Wednesday, March 23, 2011

Untung Dapat Menantu Macam Ayue.. :D

salam




hai semua...dah lama rasenye x update blog kan....al-maklumlah dah jadi isteri orang nie rase macam xde mase je nak update...apepun i'll try my best to update this blog just to inform apa yang patut..



ramai yang tanya macam mana kehidupan selepas bergelar isteri...secara jujurnya sangat kekok bila baru bergelar seorang isteri...biasalah dulu semua benda kita buat sendiri..makan, minum, kemas rumah..semua kita buat tanpa paksaan, xde orang marah nak buat ke xnak ke..suka hati je nak bangun pukul brape...tapi bila dah bergelar isteri orang nie xleh la nak buat macam tu lagi...kena rajin kemas rumah, masak, basuh baju, dan macam2 lagi..tapi, disebabkan ayue nie bekerja..so, yang masak hari-hari adalah my parents in law..mereka nie sangat sporting, penyayang and anggap ayue mcm anak mereka sendiri...loves them so much!



apepun kalau kita dah dapat mertua yang sangat baik & sporting macam ayue nie janganlah ambil kesempatan...xnak masak, xnak kemas rumah, bangun pun lambat, asyik "membuta" je...xboleh la macam tue...kita tolong ugalah mana yang sempat..macam yang slalu ayue buat, setiap pagi bangun awal, kemas rumah, basuh pinggan mangkuk, sediakan sarapan then baru siap g keje...balik keje petang buatlah minum petang sket..kalau malas belilah kat kedai..goreng pisang ke hape ke...time cuti kalau x balik kampung tolong lah masak untuk lunch...kan besttt macam tue..xdelah mertua gerammm je ngan menantu yang xbrape sempat nak buat keje rumah nie..al-maklumlah..orang bekerja..hehheeeee....



buat keje siket2 pun mak mertua dah cakap rajin..padahal kita nie mmg xsuka tengok rumah semak....ade sampah sket sapu, lantai kotor sket mop, kalau ade je yg xkena kat mata nie mesti nak bersihkan cepat2 kalau x boleh migrain ayue nie..hahaha...*poyo jap* famili ayue tau lah perangai ayue macam mana...kalau baru balik keje pun, tengok umah bersepah xsempat nak tukar baju dah amek penyapu dan kemas segalanya..dah puas hati barulah buat keje lain...



tak tau pulak dah kawin duk umah mertua pun perangai still macam dulu...tak ke untung mertua dapat menantu yang "rajin" macam ayue nie..kuang3!



apepun ayue berharap perkahwinan nie kekal selamanya hingga ke syurga..
AMIN..

kepada bakal-bakal pengantin: good luck! ^.^